Naratif 1
"Sejuknya airnya!" saya berkata dalam kesejukan.
Saya dan keluarga sedang bercuti di Johor Bahru. Pada hari kedua, kami telah ke Kota Tinggi yang dikatakan ada air terjun yang telah dijadikan tempat rekreasi. Perjalanan kereta daripada hotel kami ke sana, telah mengambil masa satu setengah jam. Atas sebab bosan di dalam kereta, saya menggunakan 'lubang suara' untuk mendengar musik. Tidak lama, saya pun tertidur.
Tiba sahaja di sana, kami mencari tempat yang teduh. Selepas itu, ayah dan adik pergi menikmati keindahan alam sementara kakak dan saya pergi 'mendaki' tangga ke puncak air terjun tersebut. Sambil itu, kami mengambil gambar air yang mengalir cepat menggunakan 'iPhone' ibu. Keringat mula membasahi dahi kami. Setelah itu, kami turun balik untuk menyalin baju supaya dapat berendam di sungai. Kami dengan perlahan jalan menuju ke ayah kerana batunya semua licin diselubungi ganggang.
Kami semua tidak biasa dengan suhu sejuk air sungai kerana adalah pertama kali ke situ. Kami tiga beradik mula memercikkan air ke satu antara lain. Ayah pula dengan berhati-hati pergi menuju ke air terjun dan berdiri di bawanya sementara airnya yang jatuh dengan laju di bahu ayah. Selama ini, ibu telah mengambil gambar kami sebagai tanda mata.
Setelah hampir dua jam, kami pun balik menuju ke hotel. Itulah kali pertama saya dapat berasa mandi di air sungai.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home