Naratif 2
Pada 22 November, saya telah melibatkan diri bagi persiapan untuk mempromosikan 'CCA' pada hari rumah terbuka sekolah saya. Saya sebernarnya seorang Pandu Puteri. Saya dan beberapa orang lagi Pandu Puteri, telah ditugaskan untuk menghiaskan spanduk dengan tema 'CCA' kami. Kami dikehendaki untuk pergi ke sekolah dan akan diberi tugasan.
Kerja kami telah dibuat lebih senang apabila ketua CCA telah menyiapkan sketsa di kertas A4. Kami kemudian hanya perlu melukiskan desain pada spanduk dan mengecatnya. Mula-mula, kami semua tidak begitu tertarik dalam melakukannya, mungkin kerana letih, harus pergi ke sekolah awal. Tetapi, kami tahu bahawa tugas kami harus diselesaikan sebelum masa pertemuan itu tamat. Untuk lebih mempercepatkan prosesnya, kami telah membahagi diri untuk menghiasi sebahagian spanduk itu.
Kami pun mula dengan melukis sketsa menggunakan pensil supaya jika ada sebarang kesalahan, ia dapat dihilangkan dengan mudah. Apabila sudah puas dengan hasil kerja kami, kami pun memilih warna yang hendak digunakan. Kami telah mengambil satu jam untuk mengecatkan. Selapas itu, kami pun mengemas semua sampah sarap kami dan telah diberi pulang apabila tiada lagi sampah yang ditinggalkan.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home