Nisa's journal

Tuesday, January 4, 2011

Naratif 4

Pada 27 Disember, saya telah pergi keluar bersama kakak dan sepupu-pupu saya. Semua kos pembelanjaannya telah ditanggung Ibu saya kerana dia ingin kita berdua mengeratkan silaturahim antara sepupu kami. Kami telah bertemu di platfom Somerset pada 10.30 pagi kerana kami telah memutuskan untuk menonton cerita 'Tron' di panggung wayang di Cineleisure. Filem itu berlangsung selama dua jam.

Selepas itu, kami berangkat ke Takashimaya supaya boleh makan siang di Seoul Garden. Malangnya, tiada tempat jadi kami mengambil keputusan untuk berjalan di ION Orchard kerana pekerjanya kata bahawa dia akan reservasikan tempat duduk kami. Tetapi dia juga kata, ia akan mengambil sejam kerana tempatnya terlalu ramai orang. Selepas sudah berjalan-jalan hampir satu jam, kami pun pergi balik ke Seoul Garden, Takashimaya. Akihirnya, dapat juga tempat duduk.

Kami pun mula memasak dan makan. Yang paling seronok ialah kami dapat mengambil sebanyak makanan yang kami ingin tetapi tidak boleh membazir makanan banyak. Kami pun juga telah mengambil banyak gambar sebagai kenangan. Selepas sudah makan, kami pun beredar tempat itu dan pulang ke rumah masing-masing.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home