Nisa's journal

Tuesday, January 4, 2011

Naratif 5

Pada 17 Disember, saya sekeluarga telah pergi ke Orchard pada waktu malam untuk berjalan-jalan. Begitu ramai orang yang berada di sana. Antara sebabnya ialah, ramai orang sedang membeli-belah untuk hadiah Krismas.

Pada mulanya, kami pergi ke G2000. Ayah telah membeli beberapa helai baju kemeja untuk kerja. Maklumlah, sedang ada diskaun jualan akhir tahun. Selepas itu, kami pun pergi berjalan-jalan bersama orang ramai di Orchard Road. Ibu tidak lupa mengambil lampu-lampu hiasan yang ada sempena Krismas yang akan datang. Setelah lama melalui ramai orang, kami pun duduk berehat di kerusi bangku panjang yang disediakan sambil memakan ais krim. Tidak lama berehat, kami telah mengangkat kaki menuju ke Tangs untuk membeli hadiah ulang tahun anak saudara saya.

Kerana keletihan, kami pun terus balik rumah. Malangnya, jalan begitu sesak kerana adalah waktu yang selalunya orang akan balik pada waktu malam.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home